Sunday, July 4, 2010

PRESTASI GURU-GURU SMATAAP AMAT MEMALUKAN

Sesungguhnya nama Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin Aisyah Puteri adalah sesuatu nama yang begitu gah kerana mempunyai nama yang digandingkan dengan nama tengku puteri Al sultan Kelantan. 

Tetapi hanya setakat itulah sahaja gahnya sekolah ini, sedangkan pencapaian akademiknya begitu teruk sekali dan ketinggalan amat jauh sekali jika dibandingkan dengan prestasi sekolah-sekolah menengah agama yang lain di Kelantan seperti SMKA Lati, Pasir Mas, SMKA Falahiah Pasir Pekan, SMKA Melur, SMKA Wataniah di Machang, SMKA Tok Bachok apatah lagi dgn SMKA Naim lil Banat.


BEGITU JUGA PENCAPAIAN AKADEMIK MURID-MURID SEKOLAH INI amat memalukan jika dibandingkan dengan pencapaian Sekolah Tengku Faris Petra, SM Maktab Sultan Ismail, SM Zainab, SM Ahmad Maher bahkan masih amat memalukan jika dibuat perbandingan dengan sekolah-sekolah biasa samada di daerah Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah dan lain-lain.

Memang tidak dapat dinafikan yang SMATAAP juga telah mencapai kelulusan 100% dalam SPM tetapi zaman sekarang pencapaian 100 % kelulusan bukanlah suatu kebanggaan kerana perkara yang menjadi ukuran sekarang ialah berapa ramai pelajar SPM yang mendapat 10A dan diperingkat PMR pula berapa ramaikah yang mendapat 9A



Itulah kayu pengukur kecekapan guru-guru dalam P&P. Jika pencapaian  keputusan  pepereksaan yang dicapai oleh murid-murid  yang mana bilangan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan "A"  adalah rendah atau sedikit,  maka ternyatalah guru-guru berkenaan adalah tidak cekap ataupun tidak mempunyai kesungguhan untuk mengajar dan mendidik sebaliknya hanya sekadar menjalankan tugas untuk mendapatkan gaji semata-mata. 
 

Bilangan pelajar yang mendapat keputusan "A"  yang sedikit itu menunjukkan bahawa guru-guru yang mengajar subjek  berkenaan hanya mengejar untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran sahaja, tanpa memberi ruang kepada pelajar-pelajar nya memahami apa yang diajarkannya kepada murid-murid mereka, langsung tidak memberi ruang untuk pelajar-pelajar mengemukakan persoalan2 untuk memahaminya, langsung tidak menyemak tahap kefahaman pelajar-pelajar bahkan tidak memberikan mereka latihan yang secukupnya untuk memastikan pelajar-pelajar itu betul-betul  memahami subjek-subjek yang diajar itu. 


Akibat dari sikap  guru-guru SMATAAP  yang hanya mengejar untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran sahaja, maka murid-murid pula yang menjadi mangsanya, tidak sempat memahami tajuk-tajuk yang diajar itu dan tidak diberikan latihan secukupnya untuk membolehkan pelajar-pelajar itu betul-betul memahaminya.


Jadi tidak hairanlah jika pelajar-pelajar yang mendapat 3A dalam pepereksaan pertengahan tahun di Tingkatan dua  SMATAAP 2010 boleh  mendapat kedudukan yang ke10, ke-11, ke-12/160 dari keseluruhan pelajar tingkatan dua SMATAAP.  Tentunya keputusan seperti ini amat  memeranjatkan semua pihak apatah lagi bagi pelajar2 yang mencatat keputusan cemerlang dalam pepereksaan UPSR dahulu.




Memang diluar jangkaan kami dan tidak boleh diterima sama sekali oleh pihak ibubapa. Sepatutnya berdasarkan kedudukan mereka itu, murid-murid itu seharusnya telah mendapat 5A atau 6A atau paling kurangpun 4A. Barulah boleh dikatakan mencapai tahap kecemerlangan setaraf  dengan SMKA-SMKA yang lain di Kelantan.
Guru-guru juga hendaklah menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang betul, supaya murid-murid dapat memahami apa yang diajar itu. janganlah kerana ada kemudahan teknologi terkini, semuanya hendak cepat sampaikan anak-anak murid tidak sempat memahami apa yang diajar tu.   

Guru-guru seperti guru matematik dan guru Sains janganlah syok sendiri, janganlah hanya mengajar menggunakan slaid sahaja, kesian budak-budak tu terkejar cuba memahami apa yang diajar tu. Belum pun sempat faham, slaid dah pun ditukar. Kesiannya mereka.

Dahlah begitu, latihan yang diberikan pun tidak cukup. Oleh itu  pihak guru-guru disarankan menyediakan latihan yang secukupnya dan latihan-latihan yang telah  dibuat itu hendaklah disemak oleh guru-guru mata pelajaran berkenaan. 

OK, disini saya ingin mengemukakan  persoalan.-persoalan berikut. Dalam keputusan pepereksaan pertengahan tahun 2010 yang baru berlalu:-
. Berapa ramaikah pelajar yang mendapat kelusan A dalam mata pelajaran MATEMATIK?
. Berapa ramai pula pelajar yang mendapat kelulusan A dalam mata pelajaran SAINS? 
. Berapa ramai pelajar yang mendapat kelulusan A dalam mata pelajaran SEJARAH?

NAH itu ukurannya. Barulah nampak kesungguhan guru-guru untuk memastikan makin ramai yang mendapat 8A. Jika tidak, anda hanya gah pada nama sahaja, tetapi pemalas. 



BAHKAN di SMATAAP ni,  ada juga guru-guru yang tidak memasukki kelas untuk satu tempoh yang lama sehingga 2 bulan lamanya sedangkan pihak pentadbir pun tidak tahu perkara itu ataupun sengaja menafikannya sebagaimana yang dibangkitkan dalam perjumpaan dgn pihak Ibubapa. Jika dibangkitkan dalam mesyuarat agung PIBG, maka pihak ibu bapa yang akan ditempelak pula dan murid pula yang jadi mangsa.

Maka oleh kerana pihak pengurusan sekolah tidak mesra ibubapa dan hanya mahu menempelak pihak ibubapa sahaja, maka ramai ibubapa mengambil sikap berdiam diri dan kemudiannya secara diam-diam mengeluarkan anak-anak mereka dari SMATAAP. Cubalah lihat berapa ramai pelajar yang dikeluarkan dari SMATAAP pada tahun ini (2010) dan tahun lepas (2009).

Tetapi semasa berjumpa ibubapa, pihak sekolah dengan bangganya mengatakan prestasi akademik di SMATAAP sama dengan prestasi SMKA Naim lilbanat sedangkan kedudukan yang sebenarnya jauh panggang dari api


Prestasi pencapaian akademik yang begitu rendah menyebabkan ramai ibubapa yang pada asalnya berhajat hendak mendaftarkan anak-anak mereka di SMATAAP akhirnya telah mengubah fikiran mereka dan akhirnya membuat keputusan mendaftarkan anak-anak mereka di sekolah-sekolah lain yang berdekatan seperti SMK Pengkalan Chepa atau SMK Panji, walaupun kedudukan SMATAAP lebih hampir kerumah mereka. Bukankah itu menunjukkan betapa teruknya imej SMATAAP pada pandangan penduduk sekitar.

Oleh itu seharusnyalah pihak pengurusan SMATAAP dan JPN Kelantan berbuat sesuatu untuk meningkatkan pencapaian prestasi akademik pelajar-pelajar semua. Janganlah hanya membebankan murid-murid itu dengan tugasan membuat folio semata-mata untuk menjadikan mereka itu kelihatan sibuk  pada pandangan ibubapa sedangkan pencapaian akademik mereka pula amatlah rendah dan menyakitkan hati. 


Bukannya tak boleh memberi tugasan membuat folio itu, tetapi hendaklah diseimbangkan dengan tugasan membuat kerja rumah untuk menyemak  kefahaman matapelajaran SAINS, MATEMATIK, ENGLISH dan lain-lain. Janganlah keterlaluan membebankan pelajar-pelajar dengan bebanan membuat folio  geografi atau sejarah sedangkan langsung tiada latihan untuk meningkatkan kefahaman mereka dalam mata pelajaran SAINS dan MATEMATIK.

guru-guru dan pentadbir SMATAAP cubalah lihat pencapaian smkam ini. 
http://smkamelor.blogspot.com/2009/12/pmr-2009tahniah-smkam.html

SMKA Melor 24 Disember 2009. Debaran dan persoalan telah terjawab.Hari ini sekali lagi warga SMKA Melor (SMKAM) berbangga dengan keputusan cemerlang PMR 2009.Seramai 37 orang pelajar SMKAM telah berjaya memperoleh 9A dalam peperiksaan tersebut daripada sejumlah 142 orang calon.Manakala calon yang mendapat 8A adalah 36 orang dan 7A seramai 16 orang.

Peratus kelulusan 95.77 % dan GPS 1.35 telah meletakkan SMKA Melor pada kedudukan ke 6 dalam PPD Kota Bharu.Kegembiraan calon-calon turut dikongsi bersama ibu bapa dan guru-guru yang telah hadir ke sekolah pada pagi ini. Majlis penyampaian slip kepada pelajar-pelajar cemerlang yang mendapat 9A telah disempurnakan oleh tuan pengetua,Tn. Hj Ramli b Awang di dewan Al-Ghazali,SMKA